APLIKASI PALING ’WOW’ BANTU ANDA MELANCONG TANPA AGEN PELANCONGAN

Published
09/07/2016 by

Dalam dunia yang serba canggih dan moden ni, penggunaan alatan elektronik termasuk smartphone dan jaringan Internet kini semakin meluas hingga tempiasnya juga turut terkena pada penggiat dan para pengusaha sektor pelancongan seperti hotel, resort, produk-produk pelancongan dan syarikat pengendalian pengangkutan. Selain memberi kemudahan kepada para pelancong untuk membuat transaksi dan booking secara cekap, pantas dan efisyen, aplikasi dan transaksi elektronik terutamanya dalam sektor pelancongan juga dapat menjimatkan kos kedua-dua pihak.

 

Segala transaksi dijalankan secara online maka sesetengahnya tidak perlu lagi dicetak, cukup sekadar menyimpan notifikasi berkaitan booking number dan security bar code yang boleh diimbas di kaunter untuk pengesahan. Aplikasi atau apps enjin pencarian pelancongan global pula secara ringkasnya dapat membantu para pelancong untuk menjelajah sesuatu destinasi dengan lebih mudah dan mencari tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi ataupun lokasi makan best dengan bantuan informasi lengkap beserta gambar, rating dan recommendation dari pengguna aplikasi tersebut.

 

Secara peribadinya, aplikasi carian pelancongan global merupakan satu kemestian dan wajib ada untuk diri saya sendiri ketika melancong atau business travel  ke sesuatu destinasi tidak kira sama ada di dalam negara ataupon di luar negara. Aplikasi yang boleh dimuatturun secara percuma dari Google PlayStore mahupon AppStore bergantung smartphone yang digunakan. Ada beberapa aplikasi penting untuk diri saya sendiri yang wajib ada seperti berikut :

  1. Agoda.Com & Booking.Com – tempahan hotel dengan harga dan lokasi terbaik
  2. TripAdvisor – cadangan lokasi penginapan/ destinasi dengan review terbaik
  3. XE.Com & Currency – mudah untuk mengetahui kadar tukaran matawang asing
  4. SkyScanner – perbandingan harga tiket penerbangan ke seluruh destinasi dunia dengan harga termurah
  5. Foursquare  - Cadangan restoran , lokasi makan , destinasi pelancongan dengan review lengkap dan terbaik
  6. Waze, CityMapper & Google Maps – GPS lokasi dengan jarak dan masa
  7. Google Translator, Talking Translator – Terjemahan bahasa
  8. AccuWeather – laporan cuaca harian, mingguan, bulanan
  9. Destination Melaka – destinasi dan updated review pelancongan di Melaka

10. Google – enjin pencarian global paling mudah dan ringkas

 

Anda kini tidak perlu lagi menelefon hotel atau agen syarikat penerbangan untuk membuat tempahan dan menunggu pengesahan. Sekarang lebih mudah, pantas dan jimat . Cuma perlu sedikit masa untuk install apps enjin pencarian pelancongan  seperti Agoda dan AirBnb dalam smartphone anda dan ianya boleh terus digunakan. Anda juga boleh terus membuat pembayaran online secara mudah dan selamat. Perkembangan transaksi dan apps online memang sangat mudah terutamanya bagi para pelancong asing kerana mereka tidak perlu lagi membawa wang tunai yang banyak ke destinasi, mudah mengatur tempahan dan membuat sebarang perubahan atau membatalkan tempahan hotel mereka tanpa dikenakan cas mengikut terma dan syarat. Para pelancong juga boleh memilih samada untuk membuat pembayaran semasa booking ataupun semasa check-in di hotel.

Agoda memang popular untuk para pelancong seluruh dunia mencari hotel yang diingini. Pelbagai tawaran dan promosi oleh pihak Agoda menjadikan mereka apps yang paling utama pelancong yang ingin membuat online booking. Jadi dengan adanya apps Agoda ni, urusan booking hotel sangat mudah dan pantas semudah makan kacang je! Adakala points yang diperolehi daripada tempahan terdahulu boleh ditebus untuk tempahan yang terkini. Jika anda bernasib baik seperti saya, bilik hotel yang ditempah menggunakan Agoda sering diupgrade secara automatik ke bilik yang lebih besar dengan pemandangan yang terbaik!

 

Booking.com contohnya, merupakan salah satu  lagi medium atau dipanggil online travel intermediary yang popular bagi para pelancong serata dunia untuk mencari tempat penginapan dan membuat booking dalam talian di destinasi yang anda pilih. Menariknya, segala informasi dan fasiliti berkaitan tempat penginapan tersebut turut disediakan termasuk senarai harga mengikut jenis bilik dan kemudahan yang ditawarkan beserta breakfast atau tiada, lokasi, customer review, dan gambar bilik. Carian anda boleh disusun mengikut rating pelanggan atau mengikut susunan harga iaitu daripada yang murah sehinggalah yang paling mahal. Para pelancong boleh membuat pilihan dengan mudah selain dapat membuat pembatalan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Booking.com dengan hanya menelefon hotel tersebut.

 

Apps Tripadvisor pula membantu berkaitan destinasi yang ingin dituju dengan memberi review dan rating daripada para pelancong berpengalaman untuk menilai kualiti tempat penginapan, kesesuaian tempat pelancongan, port makan yang best dan banyak lagi. Melalui apps ini, pengguna boleh memberi komen dan berbincang sesama sendiri untuk dapatkan informasi dan terkini.  Yang paling bagus, Tripadvisor juga boleh digunakan untuk menyemak harga flights!

 

Apps Skyscanner membantu anda untuk membuat semakan flight ticket pada sebarang tarikh dalam tempoh setahun dari tarikh semakan dengan informasi termasuklah harga tiket, transit, tarikh, waktu penerbangan, dan perjalanan semasa penerbangan. Semakan boleh dibuat dari mana-mana airport asal ke mana-mana airport destinasi tujuan. Kami sarankan anda untuk cuba lebih dari satu apps untuk dapatkan harga yang terbaik. Selain dari tambang penerbangan, mereka juga turut mempunyai perkhidmatan pencarian hotel dan juga kereta sewa.

Apps Kayak dapat membantu anda mencari kereta sewa, tiket kapal terbang, dan hotel dengan membandingkan harga-harga hotel yang telah anda senarai pendekkan. Apps ni juga boleh bertindak sebagai money changer dan currency converter.

Apps XE.com pula untuk memudahkan anda buat semakan tukaran matawang asing dengan kadar matawang adalah mengikut pasaran semasa. Kadar mungkin agak berbeza dengan money changer kerana faktor applied profit namun apps ini boleh menjadi rujukan untuk kita mengetahui kadar tukaran semasa. Tak perlu pening lagi nak gunakan calculator untuk mengira matawang asing yang kadangkala agak mengelirukan.

 

Anda juga boleh install apps Waze,  apps GPS paling popular di dunia. Anda pasti tidak akan sesat dengan adanya Waze! Jika anda merancang pengangkutan dan perjalanan dalam bandar atau destinasi percutian, anda boleh menggunakan apps seperti Uber, CityMapper, Grab, Gogobot-City Guide dan banyak lagi. CityMapper agak mudah kerana ianya sesuai bagi pengembara seperti saya yang gemar berjalan kaki apabila melancong. Ianya akan menunjukkan arah, landmark , persimpangan jalan dan sebagainya apabila saya sedang berjalan kaki. CityMapper juga akan menunjukkan segala pengangkutan awam yang ada dilokasi tersebut siap dengan estimated cost dan jangkaan waktu tiba dilokasi seterusnya, waktu perjalanan pengangkutan awam, nombor rujukan dan sebagainya.  Sungguh mudah! Semuanya dihujung jari sahaja.

 

Tidak mahu ketinggalan dalam dunia serba pantas, Kerajaan Negeri Melaka turut memperkenalkan Apps pelancongan pintar pertama iaitu Destination Melaka yang telah dilancarkan pada Mac lalu di Berlin, German bagi memudahkan para pelancong mendapatkan informasi lokasi. Apps pintar yang dibangunkan bersama oleh pihak Telekom Malaysia Berhad dan Tourism Melaka ni memaparkan pelbagai maklumat tentang perjalanan dan produk terkini pelancongan untuk mempromosikan Melaka termasuk tempat-tempat penginapan, tempat menarik, acara dalam kalendar pelancongan dan promosi tertentu serta dapat menghubungkan para pemain industri di peringkat global. Apps Destination Melaka boleh dimuat turut secara percuma dari Google Play Store atau iTunes dan sesuai kepada semua jenis gajet seperti tablet atau smartphone yang menggunakan platform iOS dan Android.

Pihak Tourism Melaka kini akan menjadikan apps Destination Melaka sebagai apps yang paling utama bagi para pelancong membuat tempahan secara online. Central Reservation Platform akan dibangunkan didalam aplikasi ini bagi membolehkan tempahan hotel, tiket-tiket produk pelancongan, tempahan restoran dan sebagainya dibuat dan transaksi dilakukan secara terus . Mudah bagi pelancong dan sekaligus memberi manfaat kepada para penggiat industri pelancongan di Melaka.

Jadi, apa tunggu lagi? Kalau anda merancang nak bercuti ke Melaka, jangan lupa install apps Destination Melaka untuk dapatkan info yang tepat semasa bercuti di sini. Selain memudahkan anda untuk menjelajah, apps ini boleh menjimatkan masa dan sangat interactive untuk digunakan. Jangan lupa kongsikan gambar-gambar anda di lokasi destinasi yang dicadangkan oleh apps Destination Melaka  ke instagram kami kerana kitakan #fabulousmelaka!