PELANCONGAN DUNIA - KUNCI PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN SEJAGAT

Published
06/08/2016 by

Peningkatan jumlah destinasi pelancongan dunia telah membuka banyak peluang pelaburan yang akhirnya menjadi kunci kepada sesuatu perkembangan sosio-ekonomi sesebuah negara melalui peningkatan peluang pekerjaan dan perniagaan , pendapatan eksport dan perkembangan infrastruktur. Lebih daripada 6 dekad, pelancongan dunia mengalami expansion and diversification secara berterusan dan menjadi salah satu daripada largest and fastest-growing sektor ekonomi di dunia. Terdapat banyak destinasi-destinasi baru terwujud selain daripada pasaran tradisional yang popular iaitu pasaran Eropah dan Amerika Utara.

 

Walaupun pelbagai isu atau krisis dunia berlaku pada setiap tahun, pelancongan dunia terus berkembang tanpa sempadan. Pada tahun 1950, 25 juta pelancong dunia telah direkodkan melancong ke negara-negara asing, namun pada tahun 1980, sebanyak 278 juta telah direkodkan dan angka ini terus meningkat kepada 527 juta pada 1995 dan 1133 juta pada 2014. Pendapatan pelancongan juga dicatatkan daripada US$2 billion pada 1950 kepada US$104 billion pada 1980, US$ 415 billion oada 1995 dan US$1245 billion pada 2014.

 

Perkembangan pelancongan global kini dilaporkan telah mencatatkan pertumbuhan positif 4.4% dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,184 juta kedatangan pelancong yang bermalam di destinasi tujuan seperti yang telah direkodkan oleh UNWTO World Tourism Barometer untuk  tahun 2015. Tahun 2015 mencatatkan tahun ke-6 berturut-turut above-average growth dengan ketibaan pelancong asing meningkat sebanyak 4% semenjak tahun 2010. Benua Eropah, Amerika dan Asia Pasifik merekodkan perkembangan peningkatan 5%. Ketibaan pelancong ke Negara Timur Tengah meningkat sebanyak 3% manakala bagi negara Afrika, berlaku penurunan 3% ketibaan pelancong.

 

Melalui laporan UNWTO Tourism Highlights Edisi 2015, secara purata, pada tahun 2014, Benua Amerika mencatatkan pertumbuhan yang tertinggi dengan  pertumbuhan sebanyak 8% kedatangan pelancong antarabangsa diikuti negara-negara Asia Pasifik dan negara-negara Timur Tengah yang masing-masing mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5%. Di Eropah, pertumbuhan direkodkan meningkat sebanyak 3% dicatatkan manakala di Afrika pula sebanyak 2%.

Pendapatan pelancongan antarabangsa di seluruh dunia mencecah USD 1245 bilion pada 2014 yang meningkat daripada pendapatan pada 2013 iaitu sebanyak 3.7%. Perancis, Amerika Syarikat, Sepanyol dan China meneruskan tempat tertinggi dalam ranking kedatangan pelancongan antarabangsa dan pendapatan pelancongan yang diperoleh daripada sektor pelancongan. China yang merupakan pasaran sumber pelancongan terbesar di dunia kekal meneruskan pertumbuhan pendapatan pelancongan dengan pertambahan perbelanjaan rakyatnya ke luar negara sebanyak 27% pada tahun 2014 yang mencecah jumlah sebanyak USD 165 bilion! Perkembangan ini semakin meningkat semenjak tahun 2004 memberi faedah kepada negara-negara Asian seperti Jepun dan Thailand, begitu juga kepada Amerika Syarikat dan pelbagai destinasi Negara Eropah.

 

United Nation World Tourism Organisation (UNWTO) melalui UNWTO Confidence Index telah meramalkan tahun 2016 akan terus mencatat peningkatan pelancongan dunia sebanyak 4%. Melalui laporan UNWTO pada tahun 2015, pertumbuhan sebanyak 3% hingga 4% kedatangan pelancong antarabangsa selari dengan ramalan jangka panjang untuk tahun 2030 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.3%. Melalui rekod negara-negara rantau yang menyertai UNWTO, prospek pada tahun 2016 mencatatkan pertumbuhan yang paling kukuh untuk negara-negara di Asia Pasifik dan Amerika masing-masing sebanyak 4% hingga 5%, diikuti Eropah sebanyak 3% hingga 4%, Timur Tengah sebanyak 2% hingga 5% dan Afrika sebanyak 3% hingga 5%. Turut diramalkan, sebanyak 1.8 bilion pelancong antarabangsa pada tahun 2030 dengan 5 hingga 6 bilion pelancong yang melancong secara domestik.

 

Dua trend utama pelancongan yang dapat dilihat adalah perkembangan dan pertambahan perjalanan melalui pengangkutan udara berbanding menggunakan pengangkutan darat dengan jumlah kedatangan paling tinggi dicatatakan perkhidmatan pengangkutan udara iaitu sebanyak 54% dengan selebihnya menggunakan pengangkutan darat sebanyak 46% samada menggunakan jalanraya (39%), keretapi (2%) atau pengangkutan air (5%). Jumlah pertambahan dan trend ini menjadi bertambah popular kerana perkhidmatan pengangkutan udara yang lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa untuk sampai ke sesebuah destinasi.

 

Trend kedua pula adalah lebih separuh daripada pelancong antarabangsa melancong untuk tujuan percutian dan berliburan. Melancong pambil bercuti, berekreasi dan lain-lain aktiviti yang menyenangkan mencatatkan lebih separuh kedatangan pelancong antarabangsa pada tahun 2014. Sebanyak 14% pelancong antarabangsa dilaporkan melancong atas tujuan perniagaan dan professional dan sebanyak 27% lagi melancong untuk tujuan melawat rakan dan sanak saudara (VFR), lawatan keagamaan dan ibadah, melancong sambil mendapatkan rawatan (medical tourism) dan lain-lain manakala sebanyak 6% lagi kedatangan tujuannya tidak dapat dikenalpasti.  

 

 

 

Destinasi Pelancongan Unggul Dunia

Ranking destinasi popular yang mencatatakan jumlah kedatangan pelancongan antarabangsa tertinggi di dunia adalah:

  1. Perancis
  2. Amerika Syarikat
  3. Sepanyol
  4. China
  5. Itali
  6. Turki
  7. German
  8. United Kingdom
  9. Rusia
  10. Mexico

 

Ranking destinasi mencatatakan jumlah pendapatan pelancongan tertinggi di dunia adalah:

  1. Amerika Syarikat
  2. Sepanyol
  3. China
  4. Perancis
  5. Macao
  6. Itali
  7. United Kingdom
  8. German
  9. Thailand
  10. Hong Kong

 

Keputusan berdasarkan ranking serantau mencatatkan Eropah mengalami pertumbuhan positif dengan 15 juta iaitu sebanyak 3% yang mencecah jumlah keseluruhan sebanyak 582 juta. Pendapatan pelancongan meningkat sebanyak 4% mencecah sebanyak USD 509 bilion. Keputusan teguh ini dicatatkan kerana Eropah merupakan rantau paling banyak dilawati di dunia dengan rekod sebanyak 51% kedatangan pelancong antarabangsa dan 41% pendapatan pelancongan meliputi destinasi pelancongan terbesar dan sangat popular. Perkembangan pelancongan rantau Eropah didorong oleh pertumbuhan dan kepesatan pelancongan di Selatan, Mediterranean dan Utara Eropah.

 

Di Selatan Eropah dan Mediterranean, Greece dan Sepanyol menerima sebanyak 4 juta kedatangan pelancong antarabangsa pada 2014 diikuti Portugal, Malta, Croatia dan San Marino yang dilaporkan mengalami pertumbuhan kukuh. Manakala destinasi ketiga dan keempat popular di Eropah, iaitu Itali dan Turki  mencatatkan 2% dan 5% pertumbuhan dari segi kedatangan pelancong. Selain itu, destinasi seperti Albania dan Serbia dilaporkan meningkat sebanyak dua kali ganda.

 

Pertumbuhan dilaporkan lebih perlahan di Eropah Barat terutamanya di Perancis (0%). Tetapi sebaliknya pertumbuhan kukuh dilaporkan di Luxemborg (10%), Belanda (9%), German (5%) dan Belgium (4%) manakala Austria dan Switzerland mengalami pertumbuhan dengan kadar puarata biasa.

 

Eropah Tengah dan Eropah Barat merupakan rantau di Eropah yang mengalami kemerosotan kadar kedatangan pelancong pada 2014 setelah 3 tahun sebelumnya mengalami pertumbuhan kukuh dan positif. Ini kerana kemelesetan permintaan keluar daripada pasaran Rusia dan juga kemerosotan kedatangan pelancong ke Ukraine kerana konflik politik yang dialami. Namun, pertumbuhan baik dicatatkan di Latvia (20%), Hungary (14%), Rom (12%), Armenia (11%) manakala Rusia mencatatkan 5% kedatangan pelancong.

 

Dalam pada itu, di negara-negara Asia Pasifik pula mencatatkan pertumbuhan sihat dengan kedatangan sebanyak 263 juta pelancong antarabangsa, lebih 14 juta berbanding pada tahun 2013. Rantau Asia mnerima pendapatan sector pelancongan sebanyak USD 377 bilion. Negara-negara Timur Laut Asia dan Selatan Asia masing-masing mencatatkan 7% pertambahan paling kukuh untuk kedatangan pelancong antarabangsa. Di negara Timur Laut Asia, destinasi utama seperti Jepun (29%). Taiwan (24%) dan Korea (17%) dilaporkan mengalami kadar pertumbuhan sebanyak dua kali ganda. Hong Kong mencatatkan 8% pertumbuhan manakala China mencatatkan jumlah kedatangan sebanyak 56 juta.

Selatan Asia dilaporkan mencatatkan keputusan tinggi dengan destinasi utama seperti India (11%), Sri Lanka (20%) dan Maldives (7%). Manakala di Oceania, destinasi utama seperti Australia menerima sebanyak 8% lebih pelancong antarabangsa. Palau, kepulauan kecil mencatatkan jumlah tertinggi dengan pertumbuhan sebanyak 34% dengan kebanyakannya adalah daripada pelancong dari China. Selepas beberapa tahun pertumbuhan baik di Asia Tenggara, pada tahun 2014 mencatatkan rekod sederhana dengan pengurangan kedatangan pelancong di Thailand sebanyak 7% berikutan masalah dan ketidakstabilan politiknya pada awal tahun setelah selama empat tahun berturut-turut menerima dua kali ganda pertumbuhan kedatangan pelancong yang kukuh dan stabil. Destinasi lain yang mencatatkan pertumbuhan kukuh adalah Myanmar (51%) yang mana kedatangan para pelancong dijangka melonjak pada tahun-tahun berikutnya. Malaysia, Indonesia dan Kemboja masing-masing mencatatkan sebanyak 7% pertumbuhan kukuh manakala Vietnam menerima 4% pertambahan dan Singapura pula mengalami kadar rata tanpa sebarang pertumbuhan.

Amerika yang merupakan rantau benua paling pesat mengalami pertumbuhan pada tahun 2014. Dengan pertumbuhan sebanyak 8%, Amerika Syarikat menerima 13 juta lebih banyak pelancong antarabangsa dengan pertambahan sebanyak 181 juta kedatagan pelancong. Jumlah pendapatannya mencecah USD 274 bilion mencatatkan 3% peningkatan. Pertumbuhan ini banyak didorong oleh Amerika Utara dengan 9% pertumbuhan yang mencatatkan lebih dua pertiga keselurahan pelancong yang datang ke Amerika iaitu Mexico (20%), Amerika Syarikat (7%), dan Canada (3%).

 

Kedatangan pelancong di Carribbean meningkat sebanyak 6% yang didahului oleh Dominica (10%), manakala Cuba dan Jamaica mencatatkan 5% dan 4% pertumbuhan. Amerika Tengah mencatatkan pertambahan kukuh pada 2014 dengan Guatemala dan Belize  masing-masing mencatatkan pertumbuhan sebanyak 9% diikuti Nicaragua 8%, Panama, El Salvador masing-masing 5% dan Costa Rica(4%). Kedatangan pelancong di Amerika Selatan meningkat sebanyak 5% pada 2014 didorong oleh Argentina (13%), Ecuador (14%), dan Colombia (12%) manakala Paragua (6%), Chile (3%) dan Peru (2%) yang mengalamai pertumbuhan yang sederhana.