PUNCAK BUKIT BERUANG HIDANG PEMANDANGAN INDAH BUAT KAKI HIKING

Published
09/14/2016 by

Bukit yang tiba-tiba menjadi viral di media sosial kerana menjadi lokasi buat angkasawan pertama Malaysia iaitu Dato’ Dr Syeikh Muszaphar Shukor melakukan sesi fotografi perkahwinan bersama isterinya menjadikan rakyat Malaysia berpusu-pusu mendaki bukit tersebut hingga terjadinya insiden traffic jammed untuk ke puncak pada setiap minggu. Namun, tahukah anda Melaka juga mempunyai beberapa bukit yang sesuai buat anda yang ingin melakukan aktiviti mendaki bukit? Bagi hiking lovers, anda boleh memilih beberapa destinasi pendakian seperti berikut :

 

  1. Bukit Beruang berhampiran Ayer Keroh
  2. Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah di Bukit Senggeh, Selandar
  3. Hutan Simpanan Kekal Bukit Sedanan
  4. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan


Buat anda yang berhasrat ingin bercuti ke Melaka , apa kata anda selitkan sekali Bukit Beruang di dalam jadual perjalanan anda itu. Bukit ini terletak di belakang Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang  yang mana ia mempunyai pemandangan Melaka yang sangat cantik dan mendamaikan apabila berada di puncak selain terdapat banyak flora dan fauna di bukit ini. Bagi anda yang pertama kali datang ke sini mungkin anda sedikit ragu-ragu kerana anda akan melalui kawasan perumahan. Bukit ini terletak berdekatan dengan Taman Bunga  Raya iaitu taman perumahan yang mana anda akan melaluinya untuk sampai ke sana.

 

Berdasarkan sejarah, Bukit Beruang dinamakan begitu kerana dipercayai wujudnya sekumpulan beruang yang hidup di sana pada zaman dahulu.  Lokasi yang popular disini adalah Universiti Multimedia, Tapak Sejarah Batu Nisan Acheh dan Kubur Datuk Aroom. Datuk Aroom merupakan kapitan melayu pertama di zaman Belanda dan pemilik tanah dari Bukit Beruang hingga ke Klebang. Beliau juga merupakan insan yang mendirikan Masjid Kg. Hulu.

 

Pada asalnya, Bear Hill merupakan kawasan yang menempatkan sebuah menara telekomunikasi dan dijadikan kawasan riadah penduduk berhampiran dan pelajar dari Universiti Multimedia pada setiap pagi dan petang. Namun, hasil perkongsian kaki-kaki daki di bukit ini di laman sosial menjadikan ianya viral bukan sahaja bagi penduduk Negeri Melaka malah dari luar Melaka.

 

Orang kata daki Bukit Beruang sambil makan kuaci pon boleh. Fuhh! Jangan ingat mudah yer nak daki bukit ni yang seringkali dipanggil Bear Hill oleh kaki-kaki daki bukit di Melaka. Yang baru pertama kali mendaki bukit ini, boleh pecah dada! Trail dari atas ke bawah untuk sampai ke CheckPoint 1, agak mencabar. Mendaki tegak, dengan keadaan tanah yang licin, buatkan pendaki agak susah juga nak memanjat. Dekat sini lah tempat anda diuji stamina, sama ada semput macam siput atau cergas macam harimau! Jangan terkejut bila anda boleh lihat beberapa kumpulan golongan veteran yang agak slow-motion tetapi boleh mendaki bukit ini hingga 2-3 round! Anak-anak muda pun belum tentu dapat sampai ke puncak. Memang ”makan asap!”.  Oleh itu, stamina dan fitness adalah sangat penting untuk mendaki Bear Hill.

 

Boleh dikatakan setiap hujung minggu, puncak bukit ini pasti dipenuhi oleh orang ramai. Ketinggian yang sederhana ini menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian. Bila berada di puncak bukit ini anda dapat melihat pemandangan yang cukup hijau. Ketinggian bukit ini tidaklah terlalu tinggi. setinggi 116.73 meter , jadi ia juga sangat sesuai buat beginner yang ingin menceburi dalam aktiviti pendakian.

 

Terdapat dua laluan yang boleh digunakan oleh pendaki iaitu laluan tar dan tracking-trail. Mendaki di Bear Hill tidak memerlukan guide kerana laluannya mmg jelas kelihatan dan pendaki-pendaki yang sering mendaki bukit ini telah menyediakan tali, tunjuk arah dan penanda check-point bagi memudahkan orang ramai. Walaupun user-friendly, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukit ini boleh jadi merbahaya apabila langkah-langkah keselamatan tidak diambil berat. Minum air berlebihan pun bahaya, apatah lagi main kejar-mengejar dan selfie di hujung lereng bukit.

 

Di Bear Hill ini, selain pemandangan yang indah, di puncak bukit juga disediakan hammock , Bear Hill Garden dan lain-lain untuk anda duduk berehat. Sambil-sambil menikmati pemandangan sekeliling, sambil-sambil tu baring di atas hammock. Memang terbaik! Itulah definisi keindahan. Puncak bukit ini amat sesuai untuk permandangan sunrise dan sunset. Jika tidak boleh bangun awal pagi, layan sunset je lah jawapannya.

Selain waktu pagi dan petang, ada juga pendaki yang mendaki pada waktu malam. Memang challenging! Pernah juga sekumpulan anak muda berbuka puasa dan bersolat terawikh di puncak bagi menghayati panorama alam. Walau bila pun masa yang anda pilih untuk mendaki, aspek keselamatan haruslah dititikberatkan apabila mendaki mana-mana bukit kerana terdapat haiwan-haiwan berbisa yang akan muncul tanpa mengira masa.

 

Jika mendaki dikira terlalu mainstream, apa kata anda cuba menaiki bukit ini menggunakan tracking-trail dengan menggunakan basikal. Mencabar bukan!

 

Jadi, apa tunggu lagi? Kalau anda memang gemarkan cabaran dan bosan dengan percutian biasa, apa kata anda daki Bukit Beruang atau Bear Hill  dan kongsikan #MyMelakaMoment menarik anda dari puncak bukit ke instagram kami kerana kitakan #fabulousmelaka!

 

Kesimpulan
Lokasi: Bukit Beruang (bermula dari Jalan Teratai 5, Taman Bunga Raya)

Kondisi laluan : Kombinasi laluan Tar dan tracking-trail

Jarak : Total 5.2 km

Ketinggian : 116.73m
Durasi pendakian: 1 – 2  jam ke Menara Telekom
Tahap kesukaran: 1/5

Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.