PUSING MELAKA DENGAN BASIKAL, CYCLING TOUR SEMAKIN MENDAPAT SAMBUTAN

Published
06/01/2016 by

Cycling tour atau pelancongan berbasikal merupakan sebuah aktiviti pelancongan sambil beriadah yang semakin popular dan digemari dikalangan pelancong domestik dan antarabangsa pada masa kini. Pelancongan berbasikal bersama-sama family dan rakan-rakan bukan sahaja menyeronokkan malah memberi pengalaman baharu yang tidak ternilai kepada para pelancong serta boleh mengurangkan stress. Aktiviti rekreasi sebegini juga mampu menyihatkan tubuh badan kerana dapat mengeluarkan peluh dan menyegarkan serta memulihkan kelesuan akibat terlalu penat bekerja. Terdapat begitu banyak kelebihan cycling tour bagi para pelancong selain semata-mata dapat enjoy round dan pusing-pusing di sekitar Banda Hilir dan sepanjang Sungai Melaka di waktu petang sambil menghirup udara nyaman dan segar.

 

Antara kelebihannya adalah, boleh meneroka ke tempat-tempat yang lebih terpencil atau tersorok, pendek kata lorong yang sempit dan sukar untuk kenderaan biasa lalui, mudah untuk bergerak kemana-mana sahaja, tiada masalah traffic jam, tidak perlu bersusah payah untuk mencari tempat meletak kenderaan dan yang paling penting pelancongan berbasikal adalah murah dan menjimatkan belanja berbanding jika menggunakan perkhidmatan teksi dan kenderaan persendirian tanpa perlu memikirkan kenaikan harga minyak dunia dan kadar bayaran parking atau di mana nak cari kupon parking. Cool bukan?

 

Bagi memenuhi kehendak dan keperluan para pelancong yang semakin menggemari aktiviti cycling tour ini, Kerajaan Negeri Melaka telahpun mempersiapkan banyak kemudahan-kemudahan berupa laluan atau cycling track di sekitar kawasan Bandaraya Melaka dan tempat-tempat pelancongan utama bagi memudahkan traffic disamping dapat memastikan keselamatan para pelancong yang berbasikal lebih terjamin. Hal ini juga selaras dengan komitmen Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron menjadikan Melaka sebagai sebuah Negeri yang berteknologi hijau serta mempraktikkan inisiatif go green dengan gaya hidup yang lebih mantap dan sihat.

 

Terdapat pelbagai acar berbasikal telah dirancang bagi memastikan aktiviti menyihatkan sebegini sentiasa mendapat sambutan di kalangan warga Melaka mahupun para pelancong domestik dan antarabangsa. Antara acara yang bakal berlangsung adalah Melaka International Bike Week yang dijadualkan pada bulan Ogos 2016 di Sekitar Dataran Sejarah, Ayer Keroh anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Selain itu, Melaka Country Ride 2016 (Heat Wave III) yang merupakan kesinambungan kepada Melaka Country Ride 160KM 2015 dan 2014 juga akan berlangsung pada 30 Oktober 2016 . MCR 2015 juga telah mencatatkan jumlah peserta paling ramai di dalam sejarah penganjuran acara berbasikal di Malaysia sekaligus membuktikan bahawa aktiviti sebegini memang semakin digemari orang ramai. Acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka iaitu Melaka Green Free Car Zone Day  yang diadakan setiap 2 minggu sekali semenjak Januari 2016 semakin mendapat sambutan di kalangan cyclist  dan pelancong.

 

Selain dapat menarik lebih ramai penggemar aktiviti berbasikal dan para pelancong yang sukakan pengalaman cycling tour yang relax dan menyeronokkan, acara berprestij sebegini juga dalam pada masa yang sama mampu menjana pendapatan dan ekonomi negeri, penggiat pelancongan dan pastinya dapat membantu dalam merancakkan perkembangan pelancongan sukan atau sports tourism dan rekreasi di Melaka. Perkembangan sports dan cycling tourism di Melaka turut mendapat perhatian para penggiat dan pengusaha-pengusaha pelancongan khususnya di tempat-tempat tarikan pelancongan utama di kawasan-kawasan bandar dengan menyediakan perkhidmatan sewaan basikal untuk para pelancong dengan kadar yang cukup berbaloi dan memuaskan. Kini, kebanyakan hotel-hotel di Bandar Melaka juga ada menawarkan perkhidmatan sewaan basikal untuk pusing-pusing sekitar Bandar Melaka dan ke mana sahaja yang anda suka dengan kadar serendah iaitu RM10 untuk sejam. Bike Me Bicycle Rental adalah antara perkhidmatan sewaan basikal terbaik di Melaka dengan pilihan sebanyak 4 pelan iaitu:

Pelan A, RM20 sewaan dari 10 pagi hingga 5 petang

Pelan B, RM10 sewaan dari 2 petang hingga 5 petang

Pelan C, tambahan RM20 untuk sewaan seharian hingga malam

 

Para pelancong yang menggunakan perkhidmatan sewaan basikal juga boleh menghabiskan masa dengan lebih berkualiti dan lebih lama di satu-satu tempat tarikan pelancongan tanpa perlu tergesa-gesa kerana ingin mengejar masa. Sambil menikmati pemandangan dan bangunan-bangunan lama yang bersejarah, cycling tour di sektiar Bandar Melaka juga sangat mudah kerana sesetengah pengusahanya menyediakan perkhidmatan sehinggalah pada waktu malam atau sewaan sehari suntuk. Pengalaman berkayuh dengan basikal atau Night Ride Tour secara berkumpulan di Melaka juga sangat berharga kerana tarikan aktiviti-aktiviti masyarakat setempat seperti kemeriahan suasana night market, kebebasan beragama  dan berbilang agama di Harmonious Street serta panorama menarik Jonker Walk yang disinari keindahan lampu-lampu dan tanglung di waktu malam boleh diterokai dengan sepuas-puasnya. Terdapat peta-peta dan papan informasi pelancongan turut disediakan bagi memudahakan aktiviti cycling tour ini dijalankan.

 

Bagi penggemar aktiviti-aktiviti riadah, anda boleh juga berkunjung ke Taman Botanikal Melaka untuk meneroka keindahan alam semulajadi dengan berbasikal di sana. Terdapat bermacam-macam jenis basikal dengan pelbagai pilihan model, saiz dan fungsi ditawarkan dengan kadar sewaan serendah RM5-RM10, anda boleh menghabiskan masa terluang dengan melawat Kampung Buku sambil menimba ilmu dengan membaca bahan-bahan bacaan, berpiknik ataupon berkhemah dengan keluarga dan rakan-rakan. Aktiviti berbasikal bersama kelurga pada hujung minggu di sini memang terbukti sangat menyeronokkan.

 

Dalam pada itu, kini terdapat banyak pengusaha-pengusaha dan penggiat pelancongan persendirian di Melaka juga telah memfokuskan kepada cycling eco tour. Antara cycling eco tour yang popular dan digemari dikalangan para pelancong adalah Melaka on Bike dan Eco Bike Tour yang berpusat di Tiang Dua. Melaka on Bike adalah merupakan lawatan pelancongan berbasikal yang patut dicuba dengan pengawasan tour guide yang sangat berpengalaman dan merupakan aktiviti yang disyorkan seperti di dalam website Trip Advisor. Mereka menawarkan aktiviti berbasikal yang relax dan menyeronokkan sambil mengelilingi dan meneroka keindahan alam semulajadi di sekitar Melaka selama tiga jam dengan penyertaan minimum adalah dua orang sejauh lebih 20 kilometer. Cycling eco tour tersebut akan membawa peserta menerokai ladang kelapa sawit, sawah padi, kebun getah, mengenali tumbuhan-tumbuhan liar dan herba serta mendekati dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk kampung di kawasan-kawasan perkampungan tradisional yang damai. 

 

Jadi, bagi anda yang menggemari aktiviti pelancongan mahupun riadah dengan berbasikal, jangan lepaskan peluang untuk meneroka dan menimba pengalaman baru sebegini bersama keluarga dan rakan-rakan. Berkunjunglah ke Melaka dan sertailah aktiviti cycling tour ini kepada sahabat handai kerana Melaka memang destinasi rekreasi dan sports tourism terbaik. Jangan lupa kongsikan gambar-gambar cycling tour anda ke instagram kerana kitakan #fabulousmelaka!

 

Melaka on Bike

Alamat : 117 Jalan Tiang Dua, 75460 Melaka

Nombor Telefon : +606-2671539 / +6019-6525029

 

Bike Me Bicycle Rental

Alamat : 32 Tun Tan Cheng Lock, Heerenstreet, 75200 Melaka

Nombor Telefon : +011-11709839

 

Bikes and Bites (Sayang Sayang)

Alamat : No. 2, Jalan Tukang Emas, Melaka, 75200 Melaka

Nombor Telefon : +06-2818122

 

JFS Bike Rental

Alamat : No. 55, Jalan Parameswara, 75050 Melaka

Nombor Telefon :+6012-390 4898