ROTI CANAI KAYU ARANG , TUMPUAN RAMAI

Published
06/01/2016 by

Sebut sahaja mengenai port makan yang sedap-sedap di Melaka, pasti ramai yang akan menyebut atau recommend gerai Roti Canai Kayu Arang famous yang terletak betul-betul di tepi Jalan Malim-Bachang untuk sarapan pagi. Lokasi gerai ini letaknya bersebelahan dengan stesen minyak BH Petrol, sebelum simpang ke Bachang di Lebuh AMJ yang menghala ke Bandaraya Melaka iaitu simpang sebelum jambatan ke Melaka Sentral dan Tesco.

 

Gerai ini begitu terkenal dengan juadah breakfast dan local food yang biasa kita makan di waktu pagi seperti, roti canai, roti tampal dangdut (telur ayam separuh masak) dan nasi lemak kukus dengan lauk-pauk seperti rendang ayam atau kerang, ayam goreng berempah, telur goreng, sayur kangkung,sambal sotong dan sambal paru.  Terdapat juga menu local food lain seperti lontong, putu mayam, pelbagai jenis kuih-muih, bihun kari, otak-otak, satay, mee kari, mee soto, bihun soto, soto nasi dan macam-macam lagi. Selain plbagai pilihan sajian local food, gerai yang sentiasa dipenuhi dengan orang ramai ini turut menyajikan hidangan sedap dan popular yang menjadi trend terkini dan menu olahan untuk menepati citarasa orang awam seperti roti canai nachos yang dipenuhi cheese, ayam crispy dan sotong king yang rangup dan besar.

 

Apa yang menariknya, di sini semua jenis roti canainya ditebar oleh penebar roti canai wanita dan digoreng di atas dapur atau kuali tempat menggoreng yang menggunakan bakaran kayu arang. Semua pasti tahu, harga kayu arang kini tersangatlah mahal! Namun, pemiliknya tetap mahu mengekalkan cara masakan menggunakan kayu arang dan keunikan rasa roti canainya yang merupakan signature dish mereka atau menu utama yang sering menjadi pilihan para pelanggan yang datang dari seluruh Malaysia. Roti canainya seratus peratus dimasak menggunakan kayu arang dengan aroma yang sangat harum dan cukup menyelarakan, digoreng tanpa menggunakan minyak. Selain itu, kuah dalnya juga sungguh sedap, pekat dan amat menyerakan. Gerai ini juga sangat terkenal dengan pelbagai pilihan kuih-muih yang sedap-sedap antaranya adalah karipap daging, kuih lompang, kuih seri kaya, kuih lopis, kuih cucur, abok-abok, tepung pelita, kuih koci, kasui, samosa, kuih koleh kacang, popiah dan bermacam-macam lagi.

 

Gerai Roti Canai Kayu Arang ini juga sudah begitu terkenal dan pernah mendapat liputan daripada program TV popular iaitu Jalan-Jalan Cari Makan yang disiarkan di saluran TV3 kerana keunikan cara masakan, keenakan makanannya dan perkhidmatan atau service cepat yang sering menjadi sebutan orang ramai. Para pekerja dan pemilik gerainya juga sungguh peramah dan baik-baik belaka.

 

Jadi, kepada anda yang sedang bercuti, balik kampung atau melancong ke Melaka kenalah datang dan wajib terjah port makan sedap ni. Waktu operasi gerai Roti Canai Kayu arang bermula sekitar jam 6.30 pagi hingga 12 tengahari dan dibuka setiap hari. Anda perlulah datang lebih awal supaya mudah mendapat tempat parking dan semua jenis makanan yang dijual termasuklah pelbagai jenis kuih-muih masih lagi fresh dan banyak. Almaklumlah, kalau anda datang lambat, semuanya dah habis dan pilihan pun tak banyak yang tinggal. Sekiraanya anda sedang atau merancang untuk breakfast di gerai Roti Canai Kayu Arang, jangan lupa kongsikan gambar-gambar menarik anda ke instagram kerana kitakan #fabulousmelaka!

 

Alamat                        : Lot 459 Kampung Bakar Batu, Jalan Malim, 75350 Bachang,  Melaka

No. Tel.                      : 016-661 2434

Waktu Operasi          : Hari biasa 6.30 pagi – 12 tengahari

                                    : Bulan puasa 7 malam – 12 tengah malam