SENI DIMENSI 3D & 5D : TARIKAN PELANCONGAN TERKINI DI MELAKA

Published
07/20/2016 by

Ilusi optik adalah tipuan mata, atau suatu objek yang mengelabui mata kita. Mata nampak realistik tapi sebenarnya tipu helah melalui angle dan trick lukisan pegun. Tipuan mata ni boleh saja terjadi sebab ada salah faham antara mata dan otak kita, apa yang kita lihat dan apa yang di kirim ke otak ternyata salah. Maka ilusi optik akan terhasil dan gambar yang terhasil nampak hidup dan  real. Cool kan?

 

Pernah tak anda dengar mengenai muzium 3D, 5D? Ya, di Malaysia ni memang dah semakin banyak wujud muzium 3D bagai cendawan tumbuh selepas hujan di serata negeri. Sekarang di Melaka pun dah ada tau! Selain menyediakan kelainan terbaru dan semakin popular dikalangan para pelancong domestik dan antarabangsa, tarikan sebegini mampu membantu merancakkan lagi perkembangan sektor pelancongan negeri. Kali ni kami nak kongsikan kepada anda tentang produk pelancongan terbaru berbentuk muzium, studio dan galeri seni 2D, 3D hinggalah 5D.

 

1. Magic Art 3D Museum Melaka

Muzium art 3D yang pertama di Melaka ni mula dibuka pada 10 April 2015 yang lalu, lokasinya terletak di luar kawasan Bandaraya Melaka iaitu di Bukit Katil yang juga berhampiran dengan pusat-pusat pelancongan di Ayer Keroh memang memudahkan untuk dikunjungi oleh para pelancong. Muzium yang terbahagi kepada dua tingkat dengan keluasan 7,000 kaki persegi ni dah dinobatkan sebagai muzium 3D kedua terbesar di Malaysia selepas Langkawi.

 

Di sini, anda boleh lihat dan bergaya di hadapan kamera kerana terdapat banyak seni lukisan 3D yang nampak real, cantik, menarik, lucu dan juga aneh! Bagi anda yang keras kaku nk berposing tu, jangan risau okay, ada tips posing dengan panduan bergambar disediakan untuk mengesyorkan anda membuat gaya menarik. Ada sebanyak 55 imej seni lukisan 3D dengan 8 tema yang dipaparkan pada dinding dan lantai untuk anda beraksi bermula dari tema dalam aquarium sehinggalah ke art 3D yang bertemakan Melaka.

Antara imej menarik  lain yang ada seperti imej iceberg, bangunan-bangunan bersejarah di Melaka, air terjun, beca, pemandangan cantik, haiwan lucu, gambar-gambar pelik, artis-artis Hollywood, etnik-etnik di Melaka seperti Baba Nyonya dan banyak lagi hasil karya 5 orang pelukis profesional dari Thailand. Terdapat juga tambahan props, patung dan barangan serta peralatan lain digunakan bagi memenuhi dan melengkapi tema lukisan supaya nampak lebih real dalam gambar.

 

Muzium ni dibuka pada setiap hari bermula dari jam 10 pagi hingga 7 malam manakala pada hari minggu dan cuti umum dibuka dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Muzium 3D ni sangat sesuai untuk sesiapa sahaja khususnya bagi mereka yang nak berseronok dengan family dan rakan-rakan sambil mengambil gambar dari pelbagai sudut dengan pelbagai aksi-aksi dan gelagat lucu dan menarik. Tiket masuk bagi pemegang MyKad dewasa adalah RM25 manakala untuk kanak-kanak dan warga emas pula RM20.

 

Magic 3D Art Museum

G19 Bayou Square, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, 75450 Melaka

Tel: 06-2311604

 

2. Star 5D Studio

Di studio ni anda boleh lihat dan posing dengan lebih 70 karya lukisan ilusi optik dan sculptures yang menarik dan begitu tricky dengan 5 tema berbeza pada setiap zon yang dilukis oleh artis Sunny Goh, pelukis antarabangsa profesional. Terletak di Lorong Bukit Cina, betul-betul bersebelahan dengan restoran Capitol Satay Celup, bangunan 2 tingkat ni cukup terserlah dengan cat warna merah terang dengan banyak logo 5D.

 

Lawatan ke sini memang seronok kerana anda dapat bergambar dan berposing secara kreatif bersama keluarga dan rakan-rakan seolah-olah anda adalah sebahagian daripada lukisan tersebut. Kalau seni 3D anda perlukan props dan angle yang tepat untuk menjadikan gambar nampak real, tapi seni 5D memang berbeza. Dengan hanya lukisan 2D samada dengan bantuan props ataupun tak, hasil gambar anda akan tetap menjadi kerana ilusi optik dan efeknya akan terhasil berlainan kalau gambar diambil daripada sudut berbeza.

 

Jadi, kalau ke sini, kami syorkan anda untuk cuba angle berbeza dan gambar anda akan nampak unik dan menarik. Hasilnya akan nampak real dan hidup. Studio ni dibuka kepada semua peringkat umur dan paling penting memberi pengalaman menghiburkan kepada anda, keluarga dan rakan-rakan. Antara art 5D yang anda boleh lihat dan pose depan kamera adalah jadi angkasawan di bulan, makmal eksperimen, scene memotong badan kepada dua bahagian menggunakan gergaji besar, jambatan gantung, serta banyak lagi lukisan-lukisan dan sculptures lucu! Studio ni dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 10 malam dengan tiket bagi pemegang MyKad dewasa sebanyak RM25 manakala kanak-kanak dan warga emas RM20.

 

Melaka 5D Studio

No. 39, Jalan Bukit Cina, Melaka, 75100 Melaka

Tel : 06-2819008

 

 

3. Photographfie Art Gallery Melaka

Terdapat satu lagi galeri seni 3D di Melaka dengan saiz dengan skala yang lebih kecil yang dimiliki  dan diuruskan secara persendirian. Nama Photographie ini merupakan kombinasi perkataan ‘Photography’ dan ‘Selfie’. Lokasinya terletak di Bandar Melaka dan bersebelahan pusat beli belah Mahkota Parade, galeri ni sangat sesuai untuk kaki selfie dan para peminat lukisan 2D dan 3D. Ada banyak lukisan-lukisan pegun yang cantik dan menarik di sini untuk anda yang gemar beraksi depan kamera.

Galeri ni dibuka pada setiap hari dengan waktu operasi dari Isnin hingga Khamis dari jam 10 pagi hingga 7 malam dan Jumaat hingga Sabtu dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan tiket untuk pemegang MyKad dewasa RM15 manakala kanak-kanak dan warga emas RM10.

 

Photographfie Art Gallery Melaka

10 & 10-1, Jalan Plaza Merdeka, 75000 Melaka

Tel: 06 2812941

 

Selain daripada 3 galeri dimensi di atas, kami senaraikan beberapa lagi galeri 3D / tricky yang terdapat di Melaka :

 

3D Jonker Walk (Hadapan Galeri Mamee)

No 27, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Waktu  Operasi

10.00 pagi -6.00 petang(Isnin- Khamis)
10.00 pagi-10.30malam(Jumaat - Ahad)
Tel:016-6047977

 

Time Machine 3D Fun Gallery

54, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka.
Waktu Operasi
10 pagi -6 petang (Isnin - Khamis)
10pagi -  9petang(Jumaat-Ahad)
Tel : 06 - 283 6322

 

Upside Down House Melaka

G12& G14,Jalan PM7,Plaza Mahkota ,Bandar Hilir,75000,Melaka

Waktu Operasi:
Isnin - Khamis : 10.00 pagi -7.00petang
Jumaat - Ahad : 10.00 pagi -9.00mlm

Tel :011-1072 2260

 

Melaka Trick Art Street

Jalan Tukang Besi, Jonker Street, Melaka

 

 

Bagi kaki-kaki selfie, wefie mahupun sesiapa saja yang suka ambil gambar tu, apa tunggu lagi? Kalau nak lagi seronok, bawalah keluarga dan kawan-kawan yang sporting untuk bergaya dan beraksi bila bergambar depan kamera. Jom kunjungi muzium, studio dan galeri seni 2D, 3D hingga 5D di Melaka dan apa yang paling penting kami nak pesan, jangan lupa bawa kamera kalau nak ke sini tau. Takkan nak tengok je! Kalau nak gambar menarik, eksperesi muka tu yang paling penting, lagi over lagi bagus! Macam biasa, kalau anda datang ke sini, jangan lupa berkongsi gambar-gambar dengan aksi menarik dan pelik anda ke instagram kami kerana kitakan #fabulousmelaka!