TOURISM MELAKA ADA JIWA #fabulousmelaka

Published
03/04/2016 by

Bersesuaian dengan fungsi utamanya mempromosikan pelancongan Melaka , pejabat baru ini tidak sarat dengan poster dan foto pelancongan sebaliknya foto-foto pelancongan dan fungsi bahagian dibingkai kemas dengan konsep moden acrylic di sepanjang laluan bahagian bawah yang menempatkan pejabat Pengurus Besar dan beberapa orang pegawai. Bingkai foto tersebut juga kelihatan disepanjang laluan tangga ke bahagian atas yang turut menempatkan pejabat Timbalan EXCO Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau Melaka dan lain-lain staff. Bilik Mesyuarat yang turut berada di aras atas pejabat ini yang boleh menempatkan 50 orang pada satu-satu masa turut dihiasi dengan foto-foto 12 subsektor pelancongan Melaka. Wall-of-fame  sudah semestinya dan ianya berada di ruang lobi bagi sesiapa yang ingin mengabadikan gambar mereka di pejabat ini.

 

Luas, terbuka dan ringkas- hiasan dalaman yang minimal dan diperincikan dengan perabot yang melengkapi setiap ruang walaupun kebanyakan perabot di sini adalah diguna semula, ditatarias dengan hiasan cenderamata yang diperolehi daripada pelbagai pihak dan jambangan-jambangan bunga yang bersesuaian dengan ruang kerja yang diperlukan oleh setiap pekerjanya. Hiasan dalaman sesebuah ruang kerja sebenarnya tidaklah memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan menggunakan barangan yang mewah sahaja, tetapi kekreatifan pemilihan warna, susun atur perabot terpakai , perhiasan dan ruang yang mencukupi dan praktikal mampu mencipta persekitaran yang kondusif dan ‘hidup’ bagi membolehkan setiap staff bekerja dalam keadaan yang selesa dan gembira seperti berada di rumah sekaligus meningkatkan produktiviti kerja.

 

Bersesuaian dengan transformasi pentadbiran ini yang ingin lebih dikenali dengan nama Tourism Melaka, konsep santai, chill dan mesra ditonjolkan oleh setiap staff  dan pada masa yang sama menghasilkan output  kerja yang lebih kreatif dan fabulous. Tourism Melaka yang kini trending dengan kempen hashtag #fabulousmelaka di Instagram menjadikan perkataan tersebut sebagai inspirasi kepada setiap tugas yang dilaksanakan. Fabulous sendiri menerangkan sesuatu yang mustahil, menakjubkan, hebat dan #fabulousmelaka sememangnya sebuah negeri yang Menakjubkan dan Hebat!

Penggunaan #fabulousmelaka yang telah diperkenalkan di instagram rasmi Tourism Melaka iaitu @fabulousmelaka pada pertengahan Disember 2015 yang lalu pada mulanya hanyalah sebagai satu bentuk kempen promosi pelancong yang berkunjung di Melaka untuk berkongsi foto kreatif saat-saat indah mereka yang bermotifkan pelancongan Melaka sama ada destinasi, makanan, lifestyle atau gaya hidup, aktiviti, percutian , budaya dan lain-lain lagi. Dalam tempoh selama 7 hari #fabulousmelaka diperkenalkan, jumlah pengikut atau followers Tourism Melaka telah meningkat secara mendadak dari 423 kepada 675 yang mana rata-ratanya adalah golongan muda yang berumur di antara 15 ke 40 tahun. .

Menyedari perubahan trend melancong pada masa kini yang lebih menjurus kepada golongan anak muda, perkongsian informasi atau penyebaran destinasi pelancongan di pelbagai medium media sosial seperti facebook, instagram, twitter , blog dan lain-lain enjin dan laman sesawang seperti Tripadvisor.com,  Agoda.com dan Expedia.com dilihat mampu mempengaruhi keinginan untuk melancong. E-wom (Electronic word-of-mouth) daripada pengguna & penulis online yang menyarankan komentar menjadi suatu mekanisme terbaik dalam mempromosikan destinasi dan produk pelancongan di Melaka.

Trend menulis dan berkongsi foto kreatif serta membaca online reviews terutamanya di laman Instagram semakin menular di serata dunia dan sekaligus mewujudkan interaksi perkongsian minat dan aktiviti bersama. Foto ala hipster , efek gambar yang membuatkan gambar yang diambil tampak lebih menarik, ekslusif , mewah dan artistic dan semestinya cool yang dikongsi dengan hashtag #fabulousmelaka dilihat mampu mempromosikan keunikan Negeri Melaka secara pantas dan mempengaruhi pengguna atas talian (online) untuk berkunjung ke Melaka , sekaligus memakmurkan pendapatan rakyat Melaka . Melihat gambar-gambar yang telah dikongsi di #fabulousmelaka sahaja pun kita tidak menjangka ianya ada di Melaka dan membuatkan hati tertanya-tanya lokasi gambar tersebut diambil dan menjadi antara faktor penyumbang kepada kehadiran pelancong muda di negeri ini. Trend  ini dijangka berterusan untuk tahun 2016 dengan kewujudan lebih banyak cafe hipster  dan hotel hipster di Melaka. Tourism Melaka yakin sasaran 16.5 juta pelancong yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Melaka akan dapat dicapai sekiranya usaha promosi ini dilakukan bersama. Kita kan #fabulousmelaka!