6 SEBAB TERAKHIR YANG MEMBUATKAN ANDA TERUJA UNTUK MELANCONG KE MELAKA!

Published
05/10/2016 by

SANDBOARDING DI KLEBANG SAND DUNE

 

Meluncur pasir di Pantai Klebang? Macam lucu bunyinya kan. Tapi realitinya ia sememangnya wujud di ’Padang Pasir’ Pantai Klebang yang kini menjadi lokasi tarikan bagi anak-anak muda yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia yang bukan sahaja ingin mengabadikan gambar mereka di sini, tetapi melakukan aktiviti sukan lasak ini. Sandboarding atau meluncur di atas pasir merupakan suatu aktiviti papan luncur seperti luncur salji yang dilakukan di gurun pasir seperti di Negara Arab dan Australia.

 

Projek tambakan laut di kawasan Pantai Klebang untuk dijadikan kawasan rekreasi tepi pantai nampaknya telah memberikan kesan positif kepada sektor pelancongan negeri apabila secara tidak sengaja kawasan ini menjadi popular dikalangan pelancong walaupon kerja-kerja masih dijalankan dan belum siap sepenuhnya. Pasir-pasir yang pada asalnya digunakan untuk kerja-kerja penambakan, ditimbun hingga membentuk timbunan bukit-bukit pasir yang tinggi yang dipanggil dune  membuatkan pelancong merasakan diri seolah-olah berada di padang pasir Arab. Dune pasir ini telah mencipta fenomena luarbiasa apabila kawasan berpasir yang luas dan berbukit-bukit ini telah menarik minat pelancong tempatan dan asing  menjadikan kawasan ini sebagai destinasi untuk bergambar. Panorama indah 360 darjah dari puncak bukit-bukit pasir buatan ini memberikan suatu pengalaman dan perasaan yang mengujakan. 

 

Dune pasir yang berbukit-bukit ini juga secara tidak sengaja menjadikan Pantai Klebang satu-satunya destinasi sandboarding di Malaysia dan menarik perhatian anak-anak muda yang sukakan aktiviti sukan lasak. Aktiviti yang sangat sesuai untuk semua peringkat umur ini walaubagaimanapun masih belum popular di Malaysia dan pihak Tourism Melaka berhasrat untuk menjadikan dune pasir ini sebagai tapak lokasi sukan ekstrem dan sebagai salah satu cabang subsektor pelancongan sukan di Melaka. Tourism Melaka kini sedang merangka satu acara atau aktiviti sandboarding di kawasan ini dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat kerana ia berpotensi untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa. Dari segi kajian yang telah dilakukan, para penggemar sandboarding dari Malaysia sanggup terbang ke luar negara terutamanya ke Indonesia, Vietnam dan Australia semata-mata untuk melakukan aktiviti ini. Terdapat beribu-ribu lokasi sand dune di seluruh dunia dan kami senaraikan dibawah lokasi-lokasi sand dunes yang paling popular yang menjadi tumpuan penggemar-penggemar sukan ekstrem sandboarding ini.

 

Lokasi Sandboarding di Asia Tenggara 

  1. Mui Ne Dunes, Vietnam
  2. Gumuk Pasir Parangtritis, Yogyakarta, Indonesia
  3. La Paz Sand Dunes, Filipina

 

10 Destinasi Sandboarding Paling Popular di Dunia

  1. Duna Grande in Ica, Peru
  2. Mui Ne Dunes, Vietnam
  3. Tattori Dunes, Japan
  4. Lancelin, Perth,  Australia
  5. Cerro Negro, Nicaragua
  6. Valle de la Muerte, Chile
  7. Dubai, UAE
  8. Sandmaster Park ,Florence, US
  9. Hirschau, Germany (Padang pasir buatan dan hos Kejohanan Sandboarding Dunia)
  10. Atlantis, South Africa

Jangan lupa gunakan swimming board saiz dewasa kalau nak meluncur di dune Klebang yer!

 

PASAR KARAT

 Pasar Karat yang terletak di Jonker Street beroperasi pada setiap hari Ahad bermula pada jam 7:30 pagi hingga 12:30 tengahari popular di kalangan pengumpul barangan antik. Terletak di lorong kecil berhampiran jalan utama Jonker Street, Pasar Karat ini menjadi tumpuan pengumpul barangan antik dari Melaka , Johor, Kuala Lumpur dan Singapura.  Disebabkan barangan yang dijual disini adalah sangat antik dan sukar ditemui, anak-anak muda menjadikan lokasi ini sebagai kawasan tumpuan mereka untuk mengabadikan foto-foto dan dimuatnaik ke media sosial dan sekaligus mengimbas kenangan yang telah lama ditinggalkan.

 

KEDAI GUNTING RAMBUT HIPSTER

Kebanyakan lelaki akan kedai gunting mamak atau saloon untuk memotong rambut supaya kelihatan kemas, tetapi sejak kemunculan Wak Doyok yang menggayakan potongan uppercut style , semakin banyak saloon khas yang menawarkan perkhidmatan makeover rambut sebegini. Di Melaka sudah semakin trending saloon khas untuk lelaki yang ala-ala barbershop (vintaj, tema hitam putih, oldschool). Di bawah kami senaraikan beberapa barbershop yang menawarkan perkhidmatan makeover persis Wak Doyok. Masuk Gunteng keluar Ganteng!

Barbershop Melaka

  1. Gunteng Barber Shop : Ayer Keroh
  2. Mohan Barber Shop : Ayer Keroh
  3. Kedai Gunting Rambut Vintaj AJ : Taman Ayer Keroh Heights
  4. Fiq Barbershop : Bukit Beruang
  5. Royal Barbershop : Bukit Beruang
  6. Ceexo Barbershop : Pusat Niaga Bukit Baru
  7. Madbros Barbershop : Plaza Mahkota, Banda Hilir

 

 

MELAKA ON FOODS

 Menyebut Melaka, pembaca akan terbayangkan asam pedas yang amat digemari ramai sehinggakan ada yang datang dari jauh semata-mata untuk menikmatinya di Melaka . Melaka bukan sahaja terkenal dengan masakan asam pedas dan ikan bakar,  tetapi sudah semakin popular dengan makanan-makanan unik yang jarang diperolehi di tempat lain . Yang pasti, kunjungan anda ke Melaka akan membuatkan anda kekenyangan dari pagi hingga ke malam. Mari kita lihat makanan yang sangat popular dikalangan pelancong apabila berkunjung ke Melaka.

 

Makanan yang wajib anda ’Gegar’ bila ke Melaka

  1. Asam Pedas Melaka
  2. Ikan Bakar
  3. Mee Besen Ori Melaka
  4. Coconut Shake
  5. Cendol Jam Besar
  6. Chicken Rice Ball
  7. Satay Celup
  8. Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil
  9. Cucur Udang Alor Gajah
  10.  Mushroom Pau
  11.  Satay Kampung Jawa
  12. Perhentian Kuih Kampung

 

KERETA LEMBU & BECA

Kereta lembu merupakan pengangkutan tradisional masyarakat Melaka pada zaman dahulu dan merupakan warisan yang masih kekal hingga ke hari ini. Kereta lembu menjadi lambang kemegahan Negeri Melaka kerana menjadi tarikan para pelancong yang ingin merasai pengalaman berharga  menaiki kereta lembu yang tidak boleh diperolehi di tempat lain. Jika anda berminat untuk merasai pengalaman ini dan melihat pembuatan kereta lembu, bolehlah berkunjung ke Kampung Balik Bukit, Melaka. Anda pasti teruja!

 

Selain kereta lembu, beca juga merupakan salah satu pengangkutan tradisional pada zaman dahulu. Beca pada masa kini diangkat menjadi satu tarikan pelancongan yang cukup popular di Melaka. Pengusaha beca di Melaka menghias beca-beca milik mereka dengan gaya yang cukup kreatif dan pelbagai tema bagi menarik perhatian pelancong. Bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan dan panorama Melaka dengan cara yang cukup santai sambil duduk berehat, beca merupakan cara yang paling terbaik. Anda pasti merasai suatu pengalaman yang cukup berbeza dan paling berharga!

 

THE TWILIGHT ZONE

 Selain daripada keindahan panorama Melaka, penggemar selfie dan jurufoto sering mengabadikan Melaka sebagai salah satu lokasi  untuk menikmati suasana twilight atau matahari terbenam yang memberikan efek dramatis. Apa kata kita cuba bergambar pada waktu matahari terbenam di lokasi-lokasi yang kami senaraikan di bawah.  

 

 Lokasi matahari terbenam yang sangat popular

  1. Pantai Klebang
  2. Pantai Puteri
  3. Pantai Pengkalan Balak
  4. Muara Sungai Melaka
  5. SkyTower The Shore
  6. Bangunan Merah
  7. Masjid Selat Melaka
  8. Kuala Sungai Baru
  9. Portuguese Square

 

Sebenarnya ada banyak lagi faktor-faktor yang menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan anak muda tetapi kami sempat senaraikan 10 yang terbaik. Jangan lupa selfie atau minta rakan ambilkan gambar dan kongsikan ke instagram. Kitakan #fabulousmelaka!